Bahagian Teknologi Maklumat
Objektif
Mempertingkatkan kecekapan pengurusan ICT bagi menyokong keperluan strategik RELA dan membudayakan ICT kepada warganya.
Fungsi
- Bertanggungjawab untuk memastikan Sistem Pengurusan Maklumat Anggota RELA (myRELA) dilaksanakan di seluruh negara selaras dengan matlamat Kerajaan Elektronik;
- Memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan infrastruktur ICT KDN yang menyokong pengoperasian RELA;
- Merancang serta melaksanakan pengurusan perolehan dan penyenggaraan aset ICT;
- Merancang, membangun dan menyenggara sistem aplikasi berlandaskan halatuju RELA; dan
- Menyediakan khidmat bantuan teknikal dalam bidang ICT.