Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
OBJEKTIF
“Memberi khidmat sokongan kepada semua anggota jabatan dalam aspek pengurusan personel dan pembangunan sumber manusia ”
FUNGSI
- Merancang keperluan tenaga manusia dan pembangunan organisasi jabatan;
- Merancang dan menguruskan segala aspek pengurusan personel anggota jabatan;
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia melalui latihan dan kursus anjuran jabatan, agensi awam dan swasta di dalam dan luar negara; dan
- Mengurus prestasi dan naik pangkat anggota jabatan.