PORTAL RASMI

JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

[lwp_divi_breadcrumbs home_text=”Utama” font_icon=”%%24%%” use_before_icon=”on” before_icon=”%%236%%” _builder_version=”4.6.6″ _module_preset=”default”][/lwp_divi_breadcrumbs]

Bahagian Khidmat Pengurusan

 

PENGENALAN

Bahagian Khidmat Pengurusan adalah merupakan sebuah Bahagian yang bertanggungjawab untuk mentadbir urusan pentadbiran dan keurus setiaan majlis-majlis Jabatan bagi memastikan perjalanan pentadbiran Jabatan dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan.
Ia merangkumi tiga (3) aspek penting yang terdiri daripada:

i. Pengurusan am dan pentadbiran pejabat;
ii. Pengurusan aset, inventori dan bekalan pejabat; dan
iii. Pengurusan majlis rasmi Jabatan.

FUNGSI BAHAGIAN

Terdapat tiga (3) fungsi utama Bahagian Khidmat Pengurusan iaitu:

i. Cawangan Pentadbiran

Cawangan ini berperanan untuk menguruskan hal-hal berkaitan aspek pengurusan pentadbiran pejabat/keselamatan/penyebaran maklumat Jabatan/Kerajaan kepada Pejabat RELA Negeri/Pusat Latihan di seluruh negara.

ii. Cawangan Logistik dan Aset

Cawangan ini berperanan untuk menguruskan stor, aset alih dan aset tak alih Kerajaan. Cawangan ini dibahagikan kepada tiga (3) sub unit seperti berikut:

a. Unit Logistik

Menguruskan keperluan dan pembekalan kelengkapan pakaian seragam dan aksesori Jabatan pegawai/kakitangan/anggota sukarelawan di Ibu Pejabat/Pejabat RELA Negeri/Pusat Latihan/Pejabat RELA Negeri di seluruh Negara.

b. Unit Aset Alih

Memastikan pengurusan aset Jabatan dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam pekeliling yang sedang berkuat kuasa meliputi proses penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan , penyelengaraan, pelupusan dan hapus kira.

c. Unit Aset Tak Alih

Memastikan aset tak alih aset secara kekal/tetap atau bersifat kekal/tetap berada pada tempatnya dan ditadbir mengikut peraturan yang berkuat kuasa dan pekeliling yang berkaitan.

iii. Cawangan Keurusetiaan

Cawangan ini berperanan untuk menguruskan hal-hal berkaitan majlis rasmi Jabatan dan juga urus setia bagi Mesyuarat Pengurusan Tertinggi/Mesyuarat Pengarah RELA Negeri.

Paparan Terbaik Menggunakan Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 7 dan Google Chrome Dengan Resolusi 1440 x 900 pixel

Hakcipta Terpelihara © RELA 2024