[lwp_divi_breadcrumbs home_text=”Utama” font_icon=”%%24%%” use_before_icon=”on” before_icon=”%%236%%” _builder_version=”4.6.6″ _module_preset=”default”][/lwp_divi_breadcrumbs]

Bahagian Kewangan & Pembangunan

 

OBJEKTIF

Mewujudkan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan bagi mencapai visi dan misi bahagian dan memastikan projek-projek pembangunan fizikal RELA diuruskan dengan teratur.

FUNGSI

1. Cawangan Kewangan:

• Menyedia dan menyelaras anggaran belanjawan mengurus;

• Mengagih peruntukan kepada PTJ;

• Menyediakan laporan perbelanjaan mingguan dan bulanan;

• Memantau prestasi perbelanjaan;

• Menyediakan laporan suku tahunan;

• Menyelaraskan Kajian Peruntukan Setengah Tahun;

• Naziran ke PTJ-pemantauan dan kawalan;

• Menyediakan Laporan Penyesuaian;

• Menyelenggara/ mengemaskini Buku Vot Mengurus;

• Penyelenggaraan Buku Daftar Bil;

• Pengurusan perolehan dan bayaran;

• Pembayaran gaji dan ganjaran;

• Bayaran tuntutan elaun-elaun;

• Bayaran pukal/waran perjalanan; dan

• Mengeluar/ menyelaras pesanan tempatan.

2. Cawangan Pembangunan Dan Perolehan:

• Menyedia dan menyelaras anggaran belanjawan pembangunan;

• Memantau prestasi perbelanjaan dan fizikal (layout plan);

• Memantau progress projek hingga projek siap;

• Menyediakan Rancangan Malaysia 5 tahun;

• Menyediakan Laporan Tahunan;

• Menyelaras Kajian Setengah Tahun;

• Menyelenggara Buku Vot Pembangunan;

• Menyediakan baucer pembayaran;

• Mengemaskini Sistem Pemantauan Projek (SPP2);

• Mengurus Pembelian Terus Sebut harga dan Tender; dan

• Menyelaras Penilaian contoh bagi barangan untuk aktiviti di atas.