Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
Objektif
1. Merancang dan menyediakan perancangan strategik dan hala tuju Jabatan; dan
2. Menggubal dan menyelaras Dasar Jabatan mengikut keperluan semasa.
Fungsi
- Merancang, merangka dan menyedia dasar dan hala tuju berkaitan dengan fungsi dan peranan Jabatan.
- Merancang, merangka dan menyediakan pelan strategik Jabatan sama ada jangka pendek, sederhana dan panjang.
- Memantau keberkesanan pelaksanaan dasar dan pelan strategik Jabatan.
- Menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Dalam Negeri yang berkaitan dengan Jabatan.
- Merancang, merangka, menyelaras, menyedia dan memantau pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama Ketua Pengarah RELA dan Jabatan.
- Merancang, merangka, menyelaras, menyedia, mengemaskini, merekod dan menyimpan Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia (2012), Peraturan-Peraturan berkaitan RELA, Arahan Tetap Ketua Pengarah, Pekeliling Jabatan dan lain-lain arahan.
- Menjadi focal point kepada penyelarasan penyediaan jawapan kepada soalan Parlimen, maklum balas Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri dan juga lain-lain mesyuarat Kementerian Dalam Negeri yang berkaitan dengan dasar Jabatan.
- Menjadi focal point yang melibatkan dasar Jabatan dengan agensi luar.
- Menyelaras dan menjadi urusetia Jawatankuasa Penyelarasan Pakaian Seragam RELA (JPPSR) dan Jawatankuasa Penganugerahan Pingat (JPP)