Bahagian Pembangunan Pasukan
OBJEKTIF
- Meningkatkan penglibatan rakyat Malaysia dalam kesukarelawanan bagi membantu mengekalkan
keselamatan dan kesejahteraan rakyat; - Memastikan anggota RELA terjamin dari segi kebajikan semasa menjalankan tugas rasmi RELA;
- Memastikan orang-orang perseorangan yang telah memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada RELA dihargai dengan penganugerahan Pangkat Kehormat /Bersekutu atau Pingat RELA; dan
- Memastikan semua dasar dan program Jabatan Sukarelawan Malaysia dilaksanakan dengan cekap dan berkesan sama ada di peringkat negeri /daerah.
FUNGSI
1.0 Cawangan Pengurusan Anggota
1.1 Keahlian
- Pengambilan dan pendaftaran ahli;
- Pengeluaran kad ahli;
- Pelantikan pangkat anggota RELA; dan
- Melaksanakan pemutihan bagi anggota RELA yang telah meninggal dunia, terlibat dalam kes jenayah, dadah dan nombor kad pengenalan tidak lengkap.
1.2 Kehormat dan Bersekutu
- Urus setia kepada mesyuarat Jawatankuasa Pentauliahan Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA;
- Urus setia kepada pelantikan Ahli Kehormat dan Bersekutu RELA; dan
- Merancang Program Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA.
1.3 Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) / Ketua Platun RELA (KPR)
- Menyemak permohonan dan membuat tapisan,semakan kelayakan ahli-ahli yang dilantik sebagai KPRK/KPR; dan
- Menyelaras statistik Perlantikan KPRK/KPR dan laporan bulanan setiap negeri
1.4 Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR)
- Memperkasakan PKKR;
- Menyelaras statistik PKKR;
- Mewujudkan penugasan; dan
- Kemaskini senarai PKKR seluruh negeri.
2.0 Cawangan Kebajikan
- Menyediakan spesifikasi Insuran Perlindungan Kemalangan diri Berkelompok RELA;
- Menjalinkan kerjasama dengan syarikat insuran;
- Menguruskan Permohonan saguhati dan Insuran Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok RELA bagi semua anggota RELA; dan
- Memproses tuntutan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN).
3.0 Cawangan RELA Siswa Siswi (RELASIS)
- Menandatangani Nota Persefahaman (MOU) antara RELA dan Kementerian Pengajian Tinggi (Jabatan Pengajian Politeknik);
- Menambah penglibatan RELASIS di semua IPTS /IPTA;
- Urus setia kepada penubuhan RELASIS seluruh Malaysia; dan
- Menyelaraskan statistik keahlian, laporan tahunan dan aktiviti RELASIS.