[lwp_divi_breadcrumbs home_text=”Utama” font_icon=”%%24%%” use_before_icon=”on” before_icon=”%%236%%” _builder_version=”4.6.6″ _module_preset=”default”][/lwp_divi_breadcrumbs]

Bahagian Operasi

 

OBJEKTIF

Objektif utama bagi Bahagian Operasi adalah bahagian ini menyelaras dan memberi bantuan kepada mana-mana Pasukan Keselamatan, Agensi-agensi atau mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan Lain yang memerlukan bantuan anggota RELA bagi melaksanakan Operasi-operasi yang dilaksanakan.

FUNGSI

I. Cawangan Operasi dan Bantuan Khas

• Menyelaras Operasi agensi penguatkuasaan;

• Memproses permohonan dan kelulusan penugasan operasi dan bantuan khas anggota RELA seluruh Malaysia;

• Membantu melaksanakn tugasan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (MKN 20);

• Membantu penyediaan Standard Operating Prosedur (SOP) bagi setiap operasi bantuan khas, operasi bersama jabatan dan agensi luar; dan

• Membantu memantau segala operasi dan pematuhan tatacara pengoperasian.

II. Cawangan Keselamatan

• Menyelaras penugasan kawalan premis;

• Memproses permohonan dan kelulusan penugasan kawalan keselamatan anggota RELA seluruh Malaysia;

• Memantau penugasan kawalan keselamatan anggota RELA di premis kerajaan seluruh Malaysia;

• Memantau penugasan kawalan keselamatan anggota RELA di agensi-agensi bukan  kerajaan  di seluruh Malaysia; dan

• Membantu agensi bagi mengawal dan memantau kawasan sasaran penting Negara.

III. Cawangan Statistik

• Menyediakan laporan statistik bagi penugasan kawalan keselamatan anggota RELA seluruh Malaysia;

• Menyediakan maklumat operasi,bantuan khas dan keselamatan di bilik gerakan;

• Menyediakan pengawai bertugas di bilik gerakan dan perjalanan penugasan bilik gerakan dalam keadaan baik dan lancar;

• Mengumpul data maklumat berkaitan operasi, penugasan kawalan keselamatan dan bantuan khas; dan

• Menganalisa dan mengeluarkan laporan harian, bulanan dan tahunan statistik bahagian.