[lwp_divi_breadcrumbs home_text=”Utama” font_icon=”%%24%%” use_before_icon=”on” before_icon=”%%236%%” _builder_version=”4.6.6″ _module_preset=”default” hover_enabled=”0″ sticky_enabled=”0″][/lwp_divi_breadcrumbs]

Syarat-syarat Menganggotai RELA

 

Syarat-syarat:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Bukan seorang anggota Angkatan Tentera; dan
  • Bukan seorang daripada mana-mana pasukan atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Proses:

  • Memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai anggota RELA;
  • Semakan rekod permohonan dengan agensi sahabat Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan;
  • Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh mendaftarkan atau enggan untuk mendaftarkan orang itu sebagai seorang anggota RELA; dan
  • Seseorang hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan sebagai seorang anggota RELA apabila disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah bahawa dia telah dipilih untuk didaftarkan.