5 Januari 2024- Telah berlangsung tiga mesyuarat pada pagi ini iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan kewangan dan Akaun (JPKA), Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Pengarah Rela Negeri Bersama Pegawai RELA Daerah RELA Negeri Pulau Pinang bertempat di bilik mesyuarat RELA Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat di mulakan dengan bacaan doa dan kata aluan oleh Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang Tuan Noriemie Ismail sebelum mesyuarat mengesahkan minit-minit mesyuarat berkenaan. Seterusnya pelbagai isu berbangkit yang telah di bincangkan oleh Mesyuarat Pengurusan Tertinggi RELA telah disampai oleh Tuan Pengarah RELA Negeri kepada Pegawai-Pegawai RELA Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat ditangguhkan sementara untuk sesi solat Jumaat
Seterusnya pada sesi petang diadakan Taklimat Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) RELA 2024 kepada semua PRD yang hadir. Turut dibincangkan kaedah pelaksanaan dan tarikh-tarikh penting pelaksanaan KPI tersebut. Tuan PRN berharap segala maklumat yang disampaikan dan dibincangkan dalam mesyuarat ini dapat dipanjang pula kepada pegawai-pegawai di daerah dan juga anggota-anggota yang terlibat. Tuan PRN juga berharap agar semua dapat memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan KPI yang telah digariskan oleh pihak RELA Malaysia.