29 MEI 2023 | Isnin – Lawatan Y.BRS Tuan TKP(P) ke Pejabat RELA Negeri Pulau Pinang. Sesi lawatan ini, Tuan PRN membawa TKP(P) melihat suasana dan keadaan pejabat. Selain itu bagi menerangkan secara ringkas mengenai RELA Pulau Pinang, sedikit pembentangan dilakukan oleh Tuan PRN dengan menfokuskan hal-hal berkaitan pengurusan pejabat termasuk pejabat RELA Daerah. RELA Pulau Pinang amat berbesar hati di atas kesudian TKPjR Mahather Bin Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke Pejabat RELA Negeri Pulau Pinang meluangkan masa mengadakan sesi lawatan pada kali ini. Semua pesanan penambahbaikan yang dimaklumkan oleh Tuan TKP(P) akan diambil tindakan dengan segera bagi memastikan urusan pentadbiran dan pengurusan berjalan lancar dan sempurna.
Mei 29, 2023 | Lawatan Kerja & Penugasan