Pada 25 Januari 2023, Pejabat RELA Daerah Petaling telah mengadakan Majlis Serah dan Terima Tugas Timbalan Pegawai RELA Daerah (TPRD), Pejabat RELA Daerah Petaling daripada PgR Siti Aishah binti Md Isa, Timbalan Pegawai RELA Daerah (TPRD) Petaling kepada PgR Nur Aizzam bin Misli, Penolong Pegawai RELA Daerah (PPRD) Petaling. PgR Siti Aishah binti Md Isa telah dinaikkan pangkat dan ditempatkan di Pejabat RELA Negeri Kedah berkuatkuasa 30 Januari 2023. Majlis ini disaksikan oleh TPjR Nasharuddin bin Mat Nasir, Pengarah RELA Negeri Selangor.