Monday, 16 July 2018

  • Home
  • /
  • 2018
  • /
  • news
  • /
  • Video pertengkaran: Pelantikan Ahli Kehormat Rela ditamatkan serta-merta

Video pertengkaran: Pelantikan Ahli Kehormat Rela ditamatkan serta-merta

PUTRAJAYA – Ahli kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang terlibat dalam pertengkaran jalan raya yang tular di media sosial baru-baru ini ditamatkan pelantikannya serta-merta.

Rela dalam kenyataan hari ini berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Keputusan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri setelah mengambil kira pandangan dan syor Jawatankuasa Pentauliahan Pangkat Kehormat dan Bersekutu Rela yang bermesyuarat pada 25 Jun,” katanya.

Rela berkata, pelantikan ahli kehormat dan bersekutu adalah pengiktifaran tertinggi jabatan kepada seseorang individu.

Justeru, semua ahli kehormat dan bersekutu Rela dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dan etika yang telah ditetapkan serta tidak menyalahgunakan pelantikan tersebut untuk kepentingan diri sendiri. – Bernama

Sumber http://www.kosmo.com.my/terkini/video-pertengkaran-pelantikan-ahli-kehormat-rela-ditamatkan-serta-merta-1.698526

Font Resize
Contrast