Monday, 16 July 2018

  • Home
  • /
  • 2018
  • /
  • news
  • /
  • [VIDEO] Lelaki ditahan ugut anggota Rela di Jonker Walk

[VIDEO] Lelaki ditahan ugut anggota Rela di Jonker Walk

PEMANDU LELAKI

MELAKA 26 Jun – Polis menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Jonker Walk di sini yang videonya tular dalam laman sosial sejak Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, peniaga berusia 42 tahun itu ditahan di hadapan sebuah bengkel di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam pada pukul 3 petang, tidak sampai 24 jam selepas kejadian tersebut berlaku.

Katanya, dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, mangsa yang sedang bertugas di Jonker Walk mengarahkan sebuah kenderaan jenis Subaru berwarna hitam yang dipandu melawan arus supaya berpatah balik.

“Pemandu kenderaan tersebut sebaliknya memandu laju ke arah anggota Rela sebelum keluar (dari kenderaan) membawa sebatang kayu.

“Suspek mengugut untuk memukul mangsa dan memberitahu akan membawa rakan untuk memukul mangsa yang berusia 33 tahun itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

https://youtu.be/GQyLdcvAwws

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video-lelaki-ditahan-ugut-anggota-rela-di-jonker-walk-1.696908#ixzz5Jap0IQU3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Font Resize
Contrast