URUSAN PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM GRED KP29 KE GRED KP32 JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

URUSAN PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM GRED KP29 KE GRED KP32 JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) 

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang dalam proses urusan pemangkuan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 ke Gred KP32 dan syarat-syarat bagi pegawai yang terlibat adalah seperti berikut:

 

Urusan Pertimbangan Pegawai Yang Terlibat
URUSAN PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM GRED KP29 KE GRED KP32 JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) Telah disahkan dalam perkhidmatan;

 

Dilantik sebagai Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 pada 31 Disember 2013 dan sebelum;

Markah LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2017, 2018 dan 2019) dan LNPT Khas Tahun 2020 dengan markah purata 80% dan ke atas bagi setiap tahun yang dinilai; (diuruskan oleh BPSM RELA)

Lulus Tapisan SPRM; (diuruskan oleh BPSM RELA)

Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima (5) tahun terkini.

Bebas daripada tindakan tatatertib; (diuruskan oleh BPSM RELA)

Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi Pendidikan; dan

Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

  1. Untuk makluman, bagi calon-calon yang telah mengemukakan permohonan melalui iklan yang telah disiarkan pada25 November 2019 perlu mengemukakan semula permohonan baharu untuk dipertimbangkan semula.
  2. Maklumat tambahan dan peringatan mesra kepada pegawai yang terlibat
     i)   LAMPIRAN A diisi oleh pegawai yang memohon dan disahkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia RELA;
    ii)  LAMPIRAN B adalah perakuan daripada Pengarah Bahagian/Ketua Unit/Pengarah Negeri dan Komandan masing-masing;     
    iii) LAMPIRAN C diisi oleh pegawai sendiri;  
    iv) LAMPIRAN D diisi oleh pegawai sendiri dan Pengarah Bahagian/Ketua          Unit/Pengarah Negeri dan Komandan masing-masing;    
    v) BORANG TAPISAN KEUTUHAN diiisi oleh pegawai sendiri; dan        vi) Salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang disahkan. (Bagi calon Sabah dan Sarawak) 
  1.  Segala maklumat yang diberikan oleh pegawai yang terlibat hendaklah SAHdan BENAR mengikut syarat – syarat yang telah ditetapkan.
  2.  Kerjasama pihak Tuan/Puan adalah dimohon untuk memastikan dokumen yang telah lengkap diisi dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia IPRM (u.p.: Encik Azirul bin Ali) sebelum atau pada 7 Ogos 2020 (Jumaat), jam 5.00 petang. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses.
  1.  Sebarang pertanyaan berhubung urusan di atas ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai berikut:
 
i. Encik Azirul bin Ali   Tel: 03-88703696  Emel: azirul@moha.gov.my
ii. Puan Siti Awa binti Ab Jalil  Tel:03-88703701  Emel: sitiawa@moha.gov.my
iii.  Puan Zuraidah binti Bakhari  Tel: 03-88703706 Emel: zuraidah.bakhari@moha.gov.my
  1. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

(SITI AWA BINTI AB JALIL)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Sukarelawan Malaysia

Tel : 03-88703701
Faks : 03-88905541