Unit Integriti

1. Bolehkan saya menyalurkan aduan salahlaku berkaitan Pegawai/Ahli RELA tanpa memberitahu maklumat peribadi saya selaku pengadu?

Boleh, sekiranya aduan diterima mempunyai asas yang mencukupi untuk membolehkan siasatan dilakukan.

2. Apakah maklumat yang diperlukan apabila sesuatu aduan hendak dibuat?

Maklumat yang di perlukan seperti berikut :-

  • Jenis kesalahan yang dilakukan.
  • Identiti Pegawai/ Ahli Rela yang diadu. Cth:- nama/tempat bertugas/jawatan.
    Tarikh, masa dan lokasi salahlaku yang diadukan.
  • Maklumat tambahan Cth:- Bukti bergambar, dokumentasi atau saksi.
3. Apakah saluran untuk saya membuat aduan?

Saluran aduan seperti berikut :-

  • Melalui surat.Alamatkan kepada:Ibu PejabatJabatan Sukarelawan Malaysia(RELA)Kementerian Dalam NegeriAras 7,8 & 9, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

    62546, Putrajaya.

    (UP: Unit Integriti)

  • Melalui Integrasi Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (ISPAA)
    – http://moha.spab.gov.my/eApps/system/index.do
  • Melalui sistem aduan integriti KDN – https://online.moha.gov.my/integriti/public/
  • Melalui emel pro_rela[at]moha[dot]gov[dot]my
4. Apakah tindakan yang akan diambil kepada aduan saya?

Tindakan yang di ambil seperti berikut :-

  • Jabatan RELA akan menghantar makluman penerimaan kepada pengadu.
  • Proses pegesanan dan pengesahan aduan akan dilaksanakan.
  • Jabatan RELA akan memaklumkan keputusan aduan kepada pengadu samaada melalui alamat atau email yang yang telah diberi.
5. Adakah identiti saya akan dilindungi jika membuat aduan?

Ya

Sebarang pertanyaan lebih lanjut sila hubungi:-

Denathayalan AL Nadarajan

03-88703756

denathayalan[@]moha[.]gov[.]my