Bahagian Latihan

OBJEKTIF

• Melatih Sukarelawan supaya berilmu, berkemahiran dan cekap dalam usaha membantu dalam mengekalkan keselamatan dan keamanan negara serta kesejahteraan rakyat.

FUNGSI

• Memastikan perlaksanaan Taklimat Pengenalan RELA bagi anggota sukarelawan dapat dilaksanakan secara berterusan dan bersistematik di semua negeri dan daerah;

• Memastikan perancangan/pelaksanaan latihan bagi Kursus-kursus lazim di semua pusat latihan dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan;

• Memastikan pusat latihan menghantar Laporan Kursus ke Bahagian Latihan untuk tindakan/makluman/simpanan;

• Melakukan pemantauan terhadap semua aktiviti dan pelaksanaan kursus yang dirancang di PLRW dari masa ke semasa;

• Menyelaras pengumpulan Laporan Maklumbalas Kursus/lain-lain maklumat latihan bagi tujuan menganlisis dan merancang impak latihan dari segi kesesuaian dalam silibus kokurikulum.