TPM Sempurnakan Pemakaian Pangkat Kehormat RELA Kepada Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Terima Pangkat….. Ahli Parlimen Barisan Nasional diberi pengiktirafan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) apabila menerima pangkat Kehormat Jabatan tersebut.

Majlis pemakaian pangkat berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

RELA mengiktiraf ahli-ahli Parlimen dalam mendokong usaha kesukarelawan negara serta ia sebagai satu lonjakan untuk masyarakat di sesuatu kawasan menyertai Jabatan berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam negeri berkata pangkat yang diberi merupakan kuasa kepada ahli Parlimen berkenaan tertakluk pada Akta Rela yang berkuatkuasa pada 2012.

Beliau juga berkata jumlah ahli Rela telah meningkat sebanyak 3.4 juta ahli dan merupakan peningkatan yang baik khususnya dalam kesukarelawan negara.

– WARTADAILY

http://wartadaily.com.my/tpm-sempurnakan-pemakaian-pangkat-kehormat-rela-kepada-ahli-parlimen/