Tiada kompromi pegawai jual senjata api RELA ‘Kita

Melaka: Tindakan tegas akan diambil terhadap ketua jabatan yang melindungi pegawai dipercayai terbabit dalam aktiviti jual beli senjata api milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Wilayah Utara di Perak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan mendapati anggota jabatan terbabit dikesan melakukan aktiviti jual beli senjata api sejak 2012, selepas audit dan pemeriksaan dilakukan mengesan berlaku penyelewengan.

“Saya tidak mahu ada ketua jabatan melindungi mana-mana individu jika ada senjata hilang kerana saya akan ambil tindakan ke atas orang yang melindungi.

“Ini tanggungjawab dan kita harus tegas dan adil. Kita tidak boleh melindungi apa lagi berkompromi dengan perbuatan sebegini,” katanya, selepas merasmikan Hari Terbuka Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks KDN Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Menteri

“Kalau nak tahu saya pekak atau bisu, kita tengok dan tunggulah 7 April nanti (debat). Saya berharap ia akan berjalan kerana tiada alasan untuk polis menahan sebab ia adalah program wacana yang tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mengulas mengenai sindiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan dia membisu ketika bertemu sambil menikmati laksa dan cendol di Dataran Lembah, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya,

sepanjang Datuk Seri Idris Haron, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Zahid berkata, selepas beberapa tangkapan dibuat berkaitan kehilangan 44 senjata api di Perak itu, beberapa pembaharuan dilakukan termasuk menambah baik pengurusan prosedur operasi standard (SOP) senjata api RELA dan jabatan lain.

“Kita wujudkan beberapa langkah jangka pendek dengan menubuhkan pasukan petugas khas, melantik pasukan naziran senjata api di peringkat RELA negeri dan pusat latihan termasuk bagi memantau tatacara pengeluaran senjata,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, selepas siasatan susulan mendapati, hanya 26 senapang hilang dari RELA Wilayah Utara dan bukannya 44 seperti diberitahu sebelum ini.

“Selepas semakan semula, kita dapati hanya 26 senapang hilang dan sudah menjumpai 11 daripadanya, berikutan tangkapan yang dibuat. Jadi hingga kini, 15 senapang lagi belum ditemui dan saya mahu beri peluang kepada mereka yang beli senjata api daripada orang berkenaan segera serahkan diri kepada polis kerana kita sudah mengenalpasti mereka semua,” kata Khalid.

Menurutnya, hingga kelmarin, 12 suspek berusia 40-an hingga 60- an sudah ditahan polis, terdiri anggota RELA dan pembeli yang ditahan di utara tanah air.

Menurutnya, pihaknya akan melakukan tangkapan seterusnya di Selangor.

http://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170327/281852938400531