KENYATAAN MEDIA MENGENAI LAPORAN SPRM OLEH ANGGOTA RELA YANG TELAH DIPUKUL KETIKA BERTUGAS

KENYATAAN MEDIA

MENGENAI LAPORAN SPRM OLEH ANGGOTA RELA YANG TELAH DIPUKUL KETIKA BERTUGAS

Tarikh                         :           31 OKTOBER 2017

 

 

Empat (4) anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dipukul oleh individu bergelar Datuk Seri telah membuat laporan berhubung cubaan memberi rasuah bagi menutup kes ini di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

 

Melvin Cheong Mun Khai, 19, Leong Jiun Jie, 21,  Lee Weng Poh, 27 dan Ho Hoong Keong, 55 telah ke pejabat SPRM bagi membuat laporan dan memberi keterangan berhubung suapan yang ditawarkan bagi menutup dan menarik balik laporan mereka.

 

Masing-masing telah memberi keterangan secara bergilir-gilir bermula jam 12.45 tengahari hingga 3.30 petang pada hari ini dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak SPRM.

 

 

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)