Thursday, 19 September 2019

Shafie hina 3.05 juta anggota Rela

MOHD SHAFIE APDAL

 

PUTRAJAYA 16 Jan. – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menyelar berkenaan kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggota Rela yang ditugaskan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

Rela dalam satu kenyataan berkata, menerusi sebuah video berdurasi 21 saat yang telah tular semalam, Shafie dilihat mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela yang tidak mahir dalam mengendalikan senjata api untuk penugasan di Esszone.

Ucapan tersebut dibuat oleh Shafie semasa menghadiri Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, semalam.

Beliau didakwa turut mengeluarkan kenyataan bahawa anggota RELA hanya sesuai untuk perkhidmatan kawalan trafik di majlis-majlis kenduri sahaja.

“Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa pada 29 September tahun lalu, Mesyuarat Lembaga Penasihat Esszone telah meluluskan penglibatan anggota Rela dalam membantu menjaga keselamatan di 10 daerah kawasan Esszone.

“Melalui inisiatif ini, anggota Rela yang dipilih dalam kalangan penduduk tempatan ditugaskan membantu memastikan keselamatan setempat melalui rondaan komuniti dan penyaluran maklumat,” kata kenyataan itu, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/shafie-hina-3-05-juta-anggota-rela-1.591481#ixzz54P5Q7MMB
© Utusan Melayu (M) Bhd