Bahagian Pembangunan Pasukan dan Penyelidikan

OBJEKTIF

  •  Meningkatkan  penglibatan rakyat Malaysia dalam  kesukarelawanan  bagi membantu mengekalkan
    keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
  • Memastikan anggota RELA terjamin dari segi kebajikan semasa menjalankan tugas rasmi RELA.
  • Memastikan orang-orang perseorangan yang telah memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada RELA dihargai dengan penganugerahan Pangkat Kehormat /Bersekutu atau Pingat RELA.
  • Memastikan semua dasar dan program Jabatan Sukarelawan Malaysia dilaksanakan dengan cekap dan berkesan sama ada di peringkat negeri /daerah.

FUNGSI

1.0 Cawangan Pengurusan Anggota

1.1 Keahlian

  • Pengambilan dan pendaftaran ahli
  • Pengeluaran kad ahli
  • Pelantikan pangkat anggota RELA
  • Melaksanakan pemutihan bagi anggota RELA yang telah meninggal dunia, terlibat dalam kes jenayah, dadah dan nombor kad pengenalan tidak lengkap.

1.2 Kehormat dan Bersekutu

  • Urus setia kepada mesyuarat Jawatankuasa Pentauliahan Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA
  • Urus setia kepada pelantikan Ahli Kehormat dan Bersekutu RELA
  • Merancang Program Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA

1.3 Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) / Ketua Platun RELA (KPR)

  • Menyemak permohonan dan membuat tapisan,semakan kelayakan ahli-ahli yang dilantik sebagai KPRK/KPR
  • Menyelaras statistik Perlantikan KPRK/KPR dan laporan bulanan setiap negeri

1.4 Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR)

  • Memperkasakan PKKR
  • Menyelaras statistik PKKR
  • Mewujudkan penugasan
  • Kemaskini senarai PKKR seluruh negeri

2.0 Cawangan Kebajikan

  • Menyediakan spesifikasi Insuran Perlindungan Kemalangan diri Berkelompok RELA
  • Menjalinkan kerjasama dengan syarikat insuran
  • Menguruskan Permohonan saguhati dan Insuran Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok RELA bagi semua anggota RELA
  • Memproses tuntutan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN).

3.0 Cawangan RELA Siswa Siswi (RELASIS)

  • Menandatangani Nota Persefahaman (MOU) antara RELA dan Kementerian Pengajian Tinggi (Jabatan Pengajian Politeknik).
  • Menambah penglibatan RELASIS di semua IPTS /IPTA
  • Urus setia kepada penubuhan RELASIS seluruh Malaysia
  • Menyelaraskan statistik keahlian, laporan tahunan dan aktiviti RELASIS

4.0 Cawangan Penyelidikan

  • Memastikan pelaksanaan dan kesediaan Bilik Gerakan RELA
  • Membuat analisa data anggota dan keluarga anggota RELA
  • Menyediakan laporan harian dan laporan akhir gerak kerja pemantauan data-data yang diterima dari setiap negeri.