RELA Tidak Kena Bayaran Untuk Pangkat Kehormat

IPOH, 5 Feb (Bernama) — Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tidak pernah mengenakan bayaran kepada penerima pangkat kehormat jabatan itu tetapi sebaliknya ia dianugerahkan secara percuma berdasarkan kelayakan dan prosedur tertentu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RELA, Kamarudin Mohd Rapig berkata individu terpilih untuk menerima pangkat berkenaan perlu terlebih dahulu menjadi pegawai RELA di peringkat daerah, negeri dan peringkat nasional.

“Pemakaian pangkat ini adalah secara percuma dan individu dilantik berdasarkan kelayakan,” katanya pada sidang media selepas majlis pemakaian pangkat bersekutu RELA peringkat negeri Perak dan Pulau Pinang, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles merupakan antara 14 individu yang menerima pangkat Pesuruhjaya Bersekutu RELA.

Tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata RELA telah mengesan seorang individu menjual pangkat kehormat RELA dengan harga antara RM10,000 hingga RM30,000…..

http://bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1433559