RELA Sabah terima peruntukan tambahan sebanyak RM 12 juta daripada kerajaan

ZAHID (tengah) dan Musa (empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama anggota-anggota RELA Sabah yang hadir pada majlis sambutan Hari RELA Ke-45 Peringkat Kebangsaan 2017, di Padang Merdeka, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

ZAHID (tengah) dan Musa (empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama anggota-anggota RELA Sabah yang hadir pada majlis sambutan Hari RELA Ke-45 Peringkat Kebangsaan 2017, di Padang Merdeka, disini, hari ini.

ZAHID (tengah) memberikan pangkat sebagai Timbalan Pesuruhjaya RELA Sabah kepada Musa (dua dari kiri). Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

Dalam masa sama, Zahid turut mengumumkan pembinaan sebuah pusat latihan RELA baharu yang akan dibangunkan di tapak seluas 20 hektar di Sandakan bermula tahun ini. Selain itu, Zahid berkata RELA akan membantu dan bergandingan dengan Agensi Kawasalan Sempadan Malaysia (ASKEM) bagi kawalan sempadan di Sabah dan Sarawak. “Kalau dahulu RELA diperlekehkan dan hanya menjaga kenduri kahwin dan jalan raya, sekarang RELA bersama polis dan tentera menjaga keselamatan negara. “RELA akan membantu Pasukan Kawasan Keselamatan Khas pantai Timus Sabah (ESSCOM) untuk bersiapsiaga di sepanjang 1,700 kilometer kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone). Di samping itu, Zahid berkata pasukan RELA kini dianggotai oleh sejumlah 3.05 juta di seluruh

 
“RELA adalah satu-satunya pasukan sukarela yang paling tersusun, berdisiplin dan komited di ASEAN,”katanya. Terdahulu, lebih kurang 10,000 orang yang terdiri daripada anggota RELA Sabah, kakitangan jabatan serta agensi di bawah KDN, pemimpin dan penduduk setempat menghadiri program tersebut. Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abbas Syed Ali, menteri-menteri kabinet negeri Sabah dan Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin.

Anggota RELA membaca ikrar sempena sambutan Hari RELA Ke-45

ZAHID menganugerahkan Pingat RELA kepada salah seorang anggota yang menjadi Malim Gunung ketika bencana Gunung Kinabalu yang lalu sebagai tanda penghargaan atas sumbangan bakti mereka kepada negara 

– Sayang Sabah

https://www.sayangsabah.com/rela-sabah-terima-peruntukan-tambahan-sebanyak-rm-12-juta-daripada-kerajaan/