Friday, 17 August 2018

  • Home
  • /
  • 2018
  • /
  • news
  • /
  • Rela nafi anugerahkan pangkat kehormat kepada ‘Datuk Seri’

Rela nafi anugerahkan pangkat kehormat kepada ‘Datuk Seri’

Lelaki bergelar Datuk Seri ini ditahan polis pada 31 Okt tahun lepas kerana didakwa memukul tiga ang

PUTRAJAYA – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini menafikan akan menganugerahkan pangkat kehormat Rela kepada ahli perniagaan Datuk Seri Liow Soon Hee yang memukul tiga anggota Rela pada Oktober tahun lalu.

Rela dalam satu kenyataan berkata ia memandang serius dakwaan lelaki berkenaan dalam video berdurasi kira-kira empat minit yang tular di media sosial kononnya beliau akan  dianugerahkan pangkat kehormat Rela oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr  Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam video tersebut, Datuk Seri itu mendakwa adik Timbalan Perdana Menteri meminta abangnya untuk memberi beliau pangkat untuk mengetuai Rela.

Lelaki itu ditahan polis pada 31 Okt tahun lepas kerana didakwa memukul tiga anggota Rela yang sedang bertugas di sebuah tokong dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada 3 November tahun lepas, Liow mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menyebabkan cedera parah, menyerang penjawat awam dan menyebabkan kecederaan ke atas tiga anggota Rela yang sedang bertugas. – Bernama

http://www.kosmo.com.my/terkini/rela-nafi-anugerahkan-pangkat-kehormat-kepada-datuk-seri-1.636843

Font Resize
Contrast