Rela jadi mata, telinga, agen SPRM

Majlis tandatangan Ikrar Bebas Rasuah oleh pegawai Rela.

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad meminta pegawai dan kakitangan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menjadi telinga, mata dan ajen SPRM.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya dalam majlis tandatangan Ikrar Bebas Rasuah oleh pegawai Rela hari ini.

Beliau juga berkata penglibatan agensi ini dalam menandatangani IBR secara tidak langsung juga menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga kerja SPRM untuk terus berjuang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam memerangi jenayah rasuah serta salah guna kuasa secara habis-habisan

Seramai 581 pegawai dan kakitangan Rela telah mengorak langkah baru dengan melafazkan IBR atau Corruption Free Pledge hari ini.

Ia bertujuan memantapkan lagi tadbir urus Rela sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bebas daripada sebarang anasir rasuah selain bagi memastikan integriti pegawai serta kakitangan Rela sentiasa terpelihara dan berada di tahap tertinggi.

Majlis penandatanganan Ikrar Bebas Rasuah itu yang didahului oleh Ketua Pengarah Rela,  Zulkifli Abidin telah disaksikan oleh Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Inisiatif oleh Rela ini sekaligus memperlihatkan kesungguhan jabatan itu dalam memastikan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/rela-jadi-mata-telinga-agen-sprm-1.658051