RELA Gesa 20 Individu Beli Pangkat Kehormat Buat Laporan Polis

MELAKA, 13 Mei (Bernama) — Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) hari ini menggesa 20 individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan menerima dan membuat pembayaran untuk memiliki pangkat kehormat jabatan berkenaan agar tampil membuat laporan polis.

Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin berkata ia susulan laporan yang dibuat oleh seorang individu kepada ibu pejabat RELA yang mendakwa telah membayar puluhan ribu ringgit bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata tidak kurang 20 kes telah dilaporkan kepada jabatan itu atas kesalahan menjual pangkat kehormat RELA dengan harga antara RM10,000 dan RM30,000 kepada mereka yang mahu memberi khidmat kesukarelawanan kepada jabatan tersebut…..

 

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1355617