MAJLIS BERSAMA JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)

MAJLIS BERSAMA JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)

  1. TUJUAN

1.1. Tujuan Majlis adalah:

  1. untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan pegawai-pegawai yang bergaji di dalam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan; dan
  2. untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
  3. BIDANG DAN FUNGSI

2.1. Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis seperti berikut:

  1. a. membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan atau hal-hal perseorangan;
  2. membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;
  3. menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran pelbagai Jabatan; dan
  4. mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta peruntukkan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.
  5. PERATURAN MESYUARAT
  6. Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi MBJ hendaklah diadakan 3 bulan sekali iaitu 4 kali setahun seperti yang ditetapkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002.
  7. Kuorum bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 50% (3) orang ahli Pihak Pegawai dan 50% (25) orang ahli Pihak Pekerja.
  8. Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-Setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda, hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi Majlis.
  9. Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh Pegawai-pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis panggilan mesyuarat berkenaan.
  10. Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, maka ahli Pihak Pegawai terkanan boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis dengan kebenaran daripada Pengerusi. Dalam apa keadaan sekalipun, Naib Pengerusi iaitu Pengerusi Pihak Pekerja tidak boleh mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.
  11. Minit Mesyuarat MBJ hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja.
  12. PERKARA YANG BOLEH DIBINCANGKAN DALAM MBJ
  13. Pakaian Seragam (termasuk songkok, kasut dan topi keledar)
  • – Lambat dibekalkan
  • – Kurang bermutu
  • – Tidak sesuai
  • – Bayaran tidak memadai
  1. Kereta Pejabat
  • – tidak mencukupi
  • – selalu rosak
  • – disalahgunakan untuk tujuan peribadi
  1. Kekurangan Kakitangan
  • – kekosongan jawatan lambat diisi walaupun ada peruntukan
  • – keperluan untuk menambah kakitangan
  • – masalah untuk mendapat pengganti
  1. Keselamatan Pejabat
  • – pintu tidak berkunci
  • – fail-fail sulit tidak disimpan di tempat yang sesuai
  • – tidak ada laluan kecemasan
  • – tidak ada alat pemadam api
  • – pengawal tidak menjalankan tugas dengan baik
  • – tugas jaga – kunci pejabat
  • – arahan keselamatan
  1. Keselamatan Pekerja
  • – peralatan yang sesuai tidak dibekalkan
  • – kenderaan pejabat tidak diselenggarakan
  • – peralatan yang dibekalkan telah usang
  • – tempat kerja kurang selamat
  • – bangunan pejabat tidak diselenggarakan
  1. Kebersihan Pejabat dan Persekitaran
  • – kekurangan alat untuk pembersihan
  • – binatang berkeliaran
  • – pencucian pejabat tidak memuaskan
  • – tandas kotor
  • – kekurangan tandas
  • – tidak ada tukang kebun
  • – parit / longkang sering sumbat
  • – sampah sarap terbiar
  1. Rumah Kerajaan
  • – tidak mencukupi
  • – tidak begitu sesuai
  • – tidak ada kelengkapan
  • – kerosakan lambat diperbaiki
  • – pilih kasih dalam penagguhannya
  1. Bebanan Tugas
  • – menjalankan dua
  • – kakitangan yang menjalankan berbagai jenis kerja yang di luar bidang tugasnya
  1. Alat Kelengkapan Pejabat
  • – kekurangan alat kelengkapan pejabat, alat tulis
  • – kekurangan alat ganti – peralatan yang rosak dan tidak / lambat dibaiki
  • – mesin kurang sesuai
  • – pesanan lambat dibuat
  1. Ruang Pejabat
  • – terlalu sempit
  • – tidak sesuai
  • – hawa dingin atau kipas tidak ada
  • – tidak ada stor
  • – tidak ada tempat penyimpanan fail yang teratur
  • – pejabat terlalu bising
  1. Bilik Menunggu
  • – kekurangan kerusi
  • – masalah siapa yang harus bertugas dikaunter
  • – bilik menunggu tidak sesuai
  • – papan tanda tidak jelas / sukar difahami
  1. Penggunaan Elektrik dan Air
  • – digunakan secara membazir/li>
  • – disalahgunakan untuk tujuan peribadi
  1. Telefon
  • – kekurangan talian telefon
  • – digunakan untuk kegunaan peribadi
  • – tidak ada operator telefon
  • – masalah pengganti operator telefon
  1. Masalah Semasa Bekerja
  • – gangguan orang ramai
  • – orang awam tidak mematuhi arahan
  • – kakitangan lain tidak memberi kerjasama sepenuhnya
  • – kerja dibuat tidak mengikut jadual
  1. Latihan dan Kursus
  • – latihan / kursus tidak disediakan
  • – latihan / kursus tidak sesuai
  • – peluang sama rata tidak diberikan
  1. Lantikan dan Kenaikan Pangkat
  • – Proses yang lambat
  • – Calon-calon yang layak tidak dipanggil untuk temuduga
  • – Keperluan menambah gred kenaikan pangkat
  1. Peperiksaan Jabatan
  • – keputusan lambat dikeluarkan
  • – maklumat mengenai peperiksaan kerajaan tidak dimaklumkan
  1. Kenyataan Perkhidmatan
  • – tidak dikemaskinikan
  • – lambat diserahkan apabila perlu
  1. Tuntutan Elaun
  • – elaun lebih masa lambat dibayar
  • – elaun tanggung kerja / memangku tidak dibayar
  • – tuntutan elaun perjalanan lambat dibayar
  • – kesukaran mendapatkan pendahuluan diri
  • – elaun perpindahan lambat diuruskan
  1. Pembayaran Gaji
  • – lambat
  • – tunggakan gaji belum dibayar
  1. PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBINCANGKAN DALAM MBJ
  2. Perkara yang mengubah sesuatu keputusan Kerajaan yang telah ditetapkan dalam Perintah Am, Warta Kerajaan, Pekeliling, Surat Pekeliling dan sebagainya.
  3. Perkara-perkara yang berbentuk tuntutan kenaikan gaji tidak dibenarkan.
  4. Sekiranya ada perkara yang dibangkitkan bertujuan untuk mengubah sesuatu dasar kerajaan maka tuntutan ini hendaklah disalurkan kepada Pihak Kesatuan Sekerja atau Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan mengikut perkhidmatan masing-masing.
  5. Hal-hal perseorangan atau peribadi tidak boleh dibincangkan dalam mesyuarat MBJ.

SENARAI KEAHLIAN

Perlembagaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

Jabatan Sukarelawan Malaysia

BIL

NAMA/JAWATAN

TEMPAT BERTUGAS

WAKIL PEKERJA

1

KAMARIAH MOHD NOAH (Pengerusi)

IPRM

2

HASHIM BIN SHIKH AB. KADIR (Pengerusi Ganti)

IPRM

3

KHAIRI AZALI BIN IBRAHIM

IPRM

4

NOORZAIDI BIN SAAIM

IPRM

5

MOHD FADHLEY BIN ALI

IPRM

6

MOHD IRWAN BIN YAACOB (Setiausaha)

IPRM

WAKIL PEKERJA

7

ABANG ZULFIKAR BIN ABANG RADUAN (Pengerusi Pekerja)

IPRM

8

NOOR MAIZURA BINTI RAMLI (Setiausaha Pekerja)

IPRM

9

HARUNDIN AL-HAFIZ BIN MOHAMAD ALI (Pengerusi Ganti Pekerja)

IPRM

10

MOHAMAD RAZIB BIN BUHAINI

IPRM

11

MELINDA LIDO

IPRM

12

ROHANI BINTI ABDUL GHANI

IPRM

13

NURUL IZATULAKMAR BINTI ISHAK

IPRM

14

DUNCAN LEE SAMSUN

IPRM

15

Sjn. IBRAHIM BIN HASSAN

IPRM

16

MOHD FAURDAUS BIN SENIN

IPRM

17

MOHD ZURAIMI BIN HARUN

IPRM

18

SHARUDIN BIN ABDUL SAMAD

IPRM

19

NORZAN BIN SUKARI

PERLIS

20

FLORINA BINTI AMIN

PERLIS

21

JOHAN BIN ALI

KEDAH

22

ZABEDAH BINTI ABDULLAH

KEDAH

23

OTHMAN BIN HASHIM

PULAU PINANG

24

GOH SENG YAP

PULAU PINANG

25

NOOR ZARINI BINTI KHOREI

PERAK

26

NOR ADILA BINTI MOHAMMAD

PERAK

27

MOHD FAISOL BIN HASSAN

SELANGOR

28

MUHAMAD AZIZUL BIN ABDUL AZIZ

SELANGOR

29

AHMAD SAFWAN BIN ZULKEFLEE

KUALA LUMPUR

30

ZURAIDA BINTI MD. ESA

KUALA LUMPUR

31

SHANTHI A/P SUBARAYAN

NEGERI SEMBILAN

32

HERNIASYAWATI BINTI HARAMAINE

NEGERI SEMBILAN

33

MOHD ZAFRAN BIN DANIAL

MELAKA

34

SERI YUSNIZAH BINTI MOHMAD

MELAKA

35

MOHD JELAPI BIN ABDULLAH

JOHOR

36

SITI NOR RAIDAH BINTI BUANG

JOHOR

37

NURUQAIYAH BINTI JAMALUDDIN

PAHANG

38

NORHAIRULRIDUANI BINTI HADERI

PAHANG

39

ASMAWI ADHA BIN ARRIFFIN

TERENGGANU

40

WAN ABD HALIM BIN WAN ABD RAHMAN

TERENGGANU

41

NOR AIZAM BINTI DAUD

KELANTAN

42

EH CHAI A/L KHUN WAI

KELANTAN

43

MOHD IZZAL NORIDQMAN BIN MOHD SUHAIMI

SABAH

44

NORIZAH BINTI TARAJI @ FAUZI

SABAH

45

HANIZAN BIN MOHAMAD TAIB

SARAWAK

46

NORMALA BINTI MANSOR

SARAWAK

47

AZAHAR BIN MOHAMMAD

PLRWU

48

SITTI JAHARA BINTI EBUNG

PLRWU

49

SADY SAFRILL BIN ABU HASSAN

PLRWU

50

ROS SHAHIDA BINTI MOHD NAYAN

PLRWS

51

MOHD ALIF BIN MAMAT

PLRWT

52

MOHD RAPI BIN ZAKARIA

PLRWT

53

MOHD RAZZLAN BIN MOHD RAZALI

PLRNS