Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik

PENGENALAN

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik merupakan salah satu bahagian di bawah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan).Bahagian ini bertanggungjawab kepada semua perkara berkaitan Dasar, Perancangan Strategik, Parlimen dan Kabinet.

OBJEKTIF

  1. Merancang dan menyediakan perancangan strategik dan  hala  tuju Jabatan.
  2. Menggubal dan menyelaras dasar Jabatan.

FUNGSI

  1. Merancang, merangka, menyelaras, menyedia dan memantau pelaksanaan dan keberkesanan Petunjuk Prestasi Utama ( KPI ) Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha KDN dan Ketua Pengarah RELA.
  2. Merancang, merangka, menyelaras dan menyedia Pelan Strategik Jabatan untuk  jangka masa pendek,  sederhana dan  panjang.
  3. Menyedia dan menyelaraskan   Akta , Arahan Tetap dan Pekeliling Jabatan.
  4. Menyedia dan menyelaraskan perkara-perkara berkaitan Parlimen dan Kabinet.
  5. Lain-lain tugas dari semasa ke semasa.