Pegawai Rela Ikrar Bebas Rasuah

PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) — Seramai 581 pegawai dan kakitangan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) hari ini melafazkan Ikrar Bebas Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad hadir menyaksikan majlis menandatangani ikrar tersebut diketuai Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin pada Majlis Konvensyen Pegawai RELA di sini.

Alwi berkata elemen integriti perlu dititikberatkan bagi mengelakkan insiden seperti amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan hal yang boleh mencemarkan reputasi organisasi….

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1346592