Operasi

1. Apakah jaminan jika berlaku kemalangan ke atas seseorang anggota RELA ?

Seseorang anggota RELA itu disarankan agar mencarum dalam Insuran Berkelompok yang diperkenalkan oleh RELA dengan kadar caruman sebanyak RM 20.00 setahun bagi setiap individu. Insuran ini memastikan seseorang anggota RELA itu mendapat perlindungan setiap masa. Selain itu, seseorang anggota RELA itu layak mendapat layanan kelas kedua di mana-,mana hospital kerajaan jika mendapat kemalangan ketika bertugas. Kerajaan juga akan memberi pertimbangan untuk membayar pampasan di bawah Tabung Amanah Perwira Negara jika seseorang anggota RELA terkorban ketika menjalankan tugas untuk negara.

2. Apakah kebajikan yang disediakan bagi seseorang anggota RELA.

Kebajikan setiap anggota RELA akan diberikan keutamaan.Setiap anggota RELA akan mendapatkan kelayakan mendapat rawatan Kelas Dua di mana-mana hospital kerajaan sekiranya mengalami musibah ketika bertugas. Mereka juga berpeluang mencarum dalam insurans berkelompok yang disyorkan oleh RELA. Selain itu, mereka akan mendapat sedikit imbuhan dari Tabung Aamal Jariah RELA berdasarkan jenis musibah yang dialami.Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan insurans percuma kepada 100,000 anggota RELA yang aktif diseluruh negara sebagai insentif kepada sumbangan mereka.Bagi anggota RELA yang terkorban ketika bertugas, pertimbangan boleh dilakukan untuk membolehkan mereka mendapat pampasan dari Tabung Amanah Perwira Negara.