Menyampaikan Sumbangan Tabung Kemanusian Gaza

PUTRAJAYA,19 Dis — Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Sumbangan Tabung Kemanusian Gaza kepada Anggota Lembaga Pemegang Amanah Palestinian Cultural Organization Malaysia Jasmi Johari (tiga, kanan) pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
Turut sama Timbalan Menteri KDN Datuk Nur Jazlan Mohamed (dua, kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Rela Kamarudin Mohd Rapig (tiga, kiri). –fotoBERNAMA