Bahagian Khidmat Pengurusan

PENGENALAN

Bahagian Khidmat Pengurusan adalah merupakan sebuah Bahagian yang bertanggungjawab untuk mentadbir urusan pentadbiran dan keurus setiaan majlis-majlis Jabatan bagi memastikan perjalanan pentadbiran Jabatan dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan.

Ia merangkumi tiga (3) aspek penting yang terdiri daripada

i.   Pengurusan am dan pentadbiran pejabat

ii.  Pengurusan aset, inventori dan bekalan pejabat

iii. Pengurusan majlis rasmi pejabat

FUNGSI BAHAGIAN

Terdapat dua (2) fungsi utama Bahagian Khidmat Pengurusan iaitu:

i.  Cawangan Pentadbiran

Cawangan ini berperanan untuk menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran, bekalan alat pejabat dan majlis rasmi jabatan.

ii. Cawangan Logistik dan Aset

Cawangan ini berperanan untuk menguruskan stor, aset alih dan aset tak alih Kerajaan dibawah tadbir urus Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Cawangan ini dibahagikan kepada tiga (3) sub unit seperti berikut:

a)   Unit Logistik

b)   Unit Aset Alih

c)   Unit Aset Tak Alih