Keanggotaan

Jawapan

  1. Warganegara Malaysia (mempunyai mykad)
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Sihat tubuh badan
  4. Tidak menganggotai mana-mana pasukan sukarelawan lain yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis
  5. Bukan anggota mana-mana pasukan dibawah undang-undang bertulis.
  6. Tiada rekod jenayah

Jawapan

  • Tempoh pendaftaran bagi tiap-tiap anggota RELA adalah lima (5) tahun dari tarikh pendaftarannya dan Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh melanjutkan tempoh pendaftaran itu.
  • Nama seorang anggota yang tempoh pendaftarannya tidak dilanjutkan hendaklah diletakkan dalam senarai simpan.
 

Jawapan

RELASIS bermaksud Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) yang ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Jawapan

Permohonan Penubuhan Briged RELASIS hendaklah mengikut syarat – syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. IPT yang diiktiraf dan berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT); dan
  2. IPT yang menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma atau Sarjana Muda yang diiktiraf MOA (Malaysian Qualification Agency).

Jawapan

Latihan yang diberikan seperti berikut :-

  • Asas kawad kaki.
  • Pengenalan asas organisasi.
  • Pendedahan konsep kesukarelawanan.
  • Pengenalan kepada asas khidmat komuniti.
  • Menerapkan nilai kerohanian, jatidiri dan patrotisme.
  • Mengenali nilai dan etika pasukan.
  • Pengenalan asas kepada ilmu medan perang.
  • Kursus asas persenjataan.
  • Pengenalan dan pendedahan asas mengenai konsep penugasan bantuan bersepadu.

Jawapan

Faedah – faedah yang diperolehi apabila menyertai RELASIS adalah seperti berikut:

i. Anggota RELASIS yang telah sah keanggotaannya layak menerima elaun jika mengikuti latihan atau aktiviti yang dianjurkan oleh RELA samada diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan tetapi tertakluk kepada keputusan Ketua Pengarah. Anggota RELASIS yang mengikuti latihan kokurikulum RELA di IPT tidak layak menerima elaun;

ii. Setiap anggota RELASIS dilindungi Insurans Berkelompok RELA;

ii. Anggota RELASIS berpeluang melibatkan diri di dalam Majlis Rasmi Kerajaan/ Nasional samada diperingkat kebangsaan atau negeri yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi atau kementerian bertanggungjawab ke atas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ataupun oleh agensi – agensi yang lain dengan kebenaran Komander RELASIS IPT; dan

iV. Anggota RELASIS yang terlibat dalam latihan atau aktiviti kokurikulum RELASIS IPT akan dibekalkan dengan Pakaian Operasi Digital (POD) secara percuma.

Jawapan

Anggota RELASIS yang tamat belajar boleh meneruskan keanggotaan RELA dengan melapor diri di Pejabat RELA Daerah berdasarkan pada alamat semasa untuk menyertai aktiviti-aktiviti RELA.

Jawapan

Semua Ahli RELA akan dilindungi insurans semasa bertugas

Bagi yang tidak bertugas akan dibayar khairat kematian.

Jawapan

Dokumentasi yang diperlukan semasa mengemukakan tuntutan insuran kepada Ibu Pejabat RELA melalui Pegawai RELA Daerah dan Pegawai RELA Negeri :

  1. Borang permohonan (oleh syarikat insurans)
  2. Laporan perubatan (oleh syarikat insurans)
  3. Salinan kad pengenalan diri (anggota/si mati)
  4. Salinan kad keahlian RELA (anggota/si mati)
  5. Salinan sijil kematian
  6. Salinan bedah siasat
  7. Salinan laporan polis (jika kes kemalangan)
  8. Salinan lesen memandu (jika kes kemalangan)
  9. Salinan kad pengenalan waris (bumiputera dan bermastautin di malaysia)
  10. Surat pengesahan penugasan dari Pengawai Rela Daerah.
  11. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika diminta oleh syarikat insuran)

Jawapan

Kes yang ditolak adalah seperti berikut :

  1. Melebihi had umur yang ditetapkan
  2. Dokumentasi tidak lengkap
  3. Kes diragui dan alasan yang tidak munasabah

Nombor Telefon untuk di hubungi :- 

No. Tel            : 03-8870 3728 

No. Tel            : 03-8870 3758 

No. Tel            : 03-8870 3724