KDN tidak kompromi soal peruntukan agensi penguatkuasaan

MELAKA, 22 Sept (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dalam soal peruntukan untuk agensi penguatkuasaan atau badan beruniform di negara ini khususnya dalam pembentangan bajet akan datang kerana ia melibatkan isu keselamatan.

Timbalan Menterinya Datuk Mohd Azis Jamman berkata peruntukan yang mencukupi penting bagi memastikan keselamatan negara sentiasa berada pada tahap terbaik dengan kemudahan dan peralatan yang mencukupi serta terkini.

“Kita memahami tindakan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai langkah penjimatan termasuk menangguh, mengkaji semula dan membatalkan projek besar yang bukan menjadi keperluan atau terdesak dilaksanakan dalam situasi semasa negara yang menghadapi kekangan kewangan.

“Namun aspek keselamatan adalah penting terutama bagi Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Imigresen serta Polis Diraja Malaysia dan kita mengharapkan kerajaan menambah peruntukan kepada KDN untuk disalurkan kepada agansi penguatkuasaan ini agar peranan mereka dapat diperkasa”, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pentauliahan Bridged Rela Siswa (Relasis) Malaysia 2018 di Akademi Latihan Rela di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, 612 pelajar dari 24 institusi pengajian tinggi IPT negara menerima pentauliahan Relasis selain 33 kakitangan dan tenaga pengajar IPT menerima pingat Pegawai Bersekutu Relasis dan 30 lagi menerima pingat Pegawai Penyelaras Relasis…..

 

http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1645207