Unit Integriti

OBJEKTIF

•  Meningkatkan kecekapan Tadbirurus Jabatan.
•  Membudaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme di kalangan warganya.
•  Mengekang salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan warganya.

FUNGSI

a) Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan
Menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan tatacara kerja dalaman yang mendedahkan kepada ruang dan peluang berlakunya amalan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan serta karenah birokrasi.

b) Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi berdasarkan etika kerja dan nilai-nilai murni.

c) Pengesanan dan Pengesahan
i. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
ii. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab

d) Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/ maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

e) Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

f) Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib