Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

OBJEKTIF

“Memberi khidmat sokongan kepada semua anggota jabatan dalam aspek pengurusan personel dan pembangunan sumber manusia ”

FUNGSI

  1. Merancang keperluan tenaga manusia dan pembangunan organisasi jabatan.
  2. Merancang dan menguruskan segala aspek pengurusan personel anggota jabatan.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia melalui latihan dan kursus        anjuran jabatan, agensi awam dan swasta di dalam dan luar negara.
  4. Mengurus prestasi dan naik pangkat anggota jabatan.