URUSAN PERTIMBANGAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERTAHANAN AWAM GRED KP44 KE GRED KP48 BAGI YANG TELAH DINAIKKAN PANGKAT KE GRED KP44 PADA TAHUN 2017 DAN SEBELUM

Urusan Pertimbangan Pegawai Yang Terlibat

URUSAN PERTIMBANGAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERTAHANAN AWAM GRED KP44 KE GRED KP48 BAGI YANG TELAH DINAIKKAN PANGKAT KE GRED KP44 PADA TAHUN 2017 DAN SEBELUM

Telah dinaikkan pangkat ke Gred KP44 pada tahun 2017 dan sebelum;

Markah LNPT bagi dua (2) tahun terkini (2017 dan 2018) dan LNPT Khas Tahun 2019 dengan markah purata 80% dan ke atas bagi setiap tahun yang dinilai; (diuruskan oleh BPSM RELA)

Lulus Tapisan SPRM; (diuruskan oleh BPSM RELA)

Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima (5) tahun terkini.

Bebas daripada tindakan tatatertib; (diuruskan oleh BPSM RELA)

Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi Pendidikan; dan

Diperakuan oleh Ketua Jabatan

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dilengkapkan oleh pemohon:

i.  LAMPIRAN A diisi oleh pegawai yang memohon dan disahkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia RELA ;

ii.  LAMPIRAN B adalah perakuan daripada Pengarah Bahagian / Pengarah RELA Negeri masing-masing; dan

iii. LAMPIRAN C diisi oleh pegawai sendiri.

iv. LAMPIRAN D Borang LNPT Khas

v.  Segala maklumat yang diberikan oleh pegawai yang terlibat hendaklah SAH dan BENAR mengikut syarat – syarat yang telah ditetapkan.

vi. Salinan buku perkhidmatan yang telah disahkan (untuk pegawai Sabah & Sarawak)

Dokumen yang telah lengkap diisi dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia RELA (u.p: PPjKR Azirul bin Ali) sebelum atau pada 9 Disember 2019 (Rabu), jam 5.00 petang. Kelewatan penghantaran dokumen berkaitan akan menjejaskan urusan kenaikan pangkat bagi pegawai yang terlibat.

Sebarang pertanyaan berhubung urusan di atas ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut:

i.   PjR Ahmad Muzaffar bin Ahmad Bakri Tel: 03-8870 3605 Emel: muzaffar@moha.gov.my

ii.  PPjKR Azirul bin Ali Tel: 03-8870 3696 Emel: azirul@moha.gov.my

iii. Puan Siti Noraini binti Zakaria Tel : 03-8870 3706 Emel : noraini.zakaria@moha.gov.my

Adalah diingatkan bahawa pemangkuan / kenaikan pangkat ini berkemungkinan melibatkan pertukaran ke tempat lain. Oleh hal yang demikian, pemohon dikehendaki menyatakan sama ada bersedia bertukar atau tidak sekiranya diluluskan pemangkuan / kenaikan pangkat di dalam borang permohonan pemangkuan / kenaikan pangkat yang dikembarkan bersama. Calon-calon yang melepasi tapisan akan dipertimbangkan untuk ditemu duga dan tapisan-tapisan lain yang berkaitan.