Tuesday, 20 August 2019

  • Home
  • /
  • 2018
  • /
  • news
  • /
  • Rela di Esszone libatkan koordinasi PDRM

Rela di Esszone libatkan koordinasi PDRM

Datuk Nur Jazlan Mohamed

PUTRAJAYA 24 Jan. – Sebarang aktiviti penguatkuasaan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) dijalankan dengan koordinasi daripada Polis Diraja Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, anggota-anggota Rela tidak diletakkan di barisan hadapan untuk operasi-operasi strategik sebaliknya berada di barisan belakang sebagai benteng kedua di Esszone.

Jelas beliau, anggota-anggota Rela tidak akan diletakkan dalam keadaan keselamatan berisiko tinggi dan latihan yang relevan telah pun diberikan untuk tugasan-tugasan dikehendaki.

“Kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal adalah tidak bertanggungjawab dan tidak benar sama sekali, untuk saya, Shafie tidak akan dapat sokongan daripada 3 juta ahli Rela yang berasa tertersinggung kerana kenyataan beliau,” katanya dalam sidang selepas majlis Kenduri Rakyat Rela di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, media melaporkan Shafie mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggota Rela yang ditugaskan di Esszone dan mendakwa anggota Rela hanya sesuai untuk perkhidmatan kawalan trafik di majlis-majlis kenduri sahaja. – UTUSAN ONLINE KAMIL MASLIH

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rela-di-esszone-libatkan-koordinasi-pdrm-1.596341#ixzz55GxDQ3K6
© Utusan Melayu (M) Bhd