Datuk Seri Pukul Anggota Rela Ditahan Setelah Serah Diri

SHAH ALAM, 30 Okt (Bernama) — Suspek yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Jumaat lalu di sebuah tokong di Jalan Ampang, Ampang ditahan petang tadi. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmad berkata suspek bergelar Datuk Seri berusia 29 tahun itu ditahan selepas beliau hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

“Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek esok di Mahkamah Majistret Ampang bagi membantu siasatan.

“Kes ini siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, tiga anggota Rela iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu…..

 

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1405523