COVID-19: Soalan Lazim berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kementerian Dalam Negeri – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

COVID-19: Soalan Lazim berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kementerian Dalam Negeri – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

S: Apakah punca kuasa Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi melaksanakan PKP?

J: RELA diberi kuasa mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang diwartakan pada 18 Mac lalu.

S: Apakah peranan anggota RELA sepanjang tempoh PKP ketika ini?

J: Anggota RELA ditugaskan:

i. Membantu melaksanakan kawalan keselamatan perimeter Stesen Kuarantin yang ditubuhkan atas arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)

ii. Melaksanakan rondaan di sekitar kawasan ditetapkan Pengarah Bahagian Operasi atau Pegawai yang diberi kuasa

iii. Mengarahkan orang ramai yang berkumpul dan berkeliaran supaya pulang ke rumah.

iv. Mengarahkan peniaga premis menjual makanan supaya tidak menghidangkan makanan di premis masing-masing.

v. Mengarahkan premis yang tidak menyediakan keperluan asas supaya ditutup dengan segera.

vi.Melaporkan ketidakpatuhan larangan PKP kepada bilik gerakan negeri.

vii. Membuat pengawasan kepada orang yang diarahkan kuarantin oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

viii. Menyalurkan maklumat atau isu lapangan mengikut format ditetapkan Jabatan

ix. Melaporkan segera insiden yang berlaku di lapangan terus untuk tindakan Bilik Gerakan.

S: Bagaimana untuk berhubung dengan Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA Malaysia) bagi sebarang pertanyaan berkenaan arahan ketika penugasan sepanjang tempoh PKP?

J: Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan arahan semasa penugasan RELA sepanjang tempoh PKP berlangsung boleh dibuat menerusi talian 03-88703692.

S: Adakah Kaunter One Stop Centre (OSC), Kementerian Dalam Negeri beroperasi dalam tempoh PKP?

J: Kaunter One Stop Centre (OSC), Kementerian Dalam Negeri ditutup sepanjang pelaksanaan PKP ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667956/covid-19-soalan-lazim-berkaitan-perintah-kawalan-pergerakan-pkp