Piagam Pelanggan

  • Memproses pendaftaran keahlian RELA dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas lulus proses saringan keselamatan.
  • Menyediakan anggota yang terlatih bagi penugasan kawalan keselamatan.
  • Memproses permohonan senjata api daripada anggota RELA dan mendapatkan perakuan Ketua Pengarah RELA dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima di Ibu Pejabat RELA Malaysia
  • Memproses permohonan penugasan anggota RELA dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah menerima permohonan lengkap.