Bahagian Teknologi Maklumat

Objektif

Mempertingkatkan kecekapan pengurusan ICT bagi menyokong keperluan strategik RELA dan membudayakan ICT kepada warganya.

Fungsi

  1. Bertanggungjawab untuk memastikan Sistem Pengurusan Maklumat Anggota RELA (myRELA) dilaksanakan di seluruh negara selaras dengan matlamat Kerajaan Elektronik
  2. Memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan infrastruktur ICT KDN yang menyokong pengoperasian RELA.
  3. Merancang serta melaksanakan pengurusan perolehan dan penyenggaraan aset ICT
  4. Merancang, membangun dan menyenggara sistem aplikasi berlandaskan halatuju RELA.
  5. Menyediakan khidmat bantuan teknikal dalam bidang ICT.