Saturday, 20 July 2019

  • Home
  • /
  • 2017
  • /
  • news
  • /
  • Anggota RELA dipukul ‘Datuk Seri’ Buat Laporan SPRM

Anggota RELA dipukul ‘Datuk Seri’ Buat Laporan SPRM

PUTRAJAYA 31 Okt. – Empat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dipukul oleh seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’ telah membuat laporan berhubung cubaan memberi rasuah bagi menutup kes tersebut di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Rela, empat anggotanya itu, Melvin Cheong Mun Khai, 19; Leong Jiun Jie, 21; Lee Weng Poh, 27 dan Ho Hoong Keong, 55, telah ke pejabat SPRM bagi membuat laporan dan memberi keterangan berhubung suapan yang ditawarkan bagi menutup dan menarik balik laporan mereka.

“Masing-masing telah memberi keterangan secara bergilir-gilir bermula pukul 12.45 tengahari hingga 3.30 petang hari ini.

“Mereka mendapat kerjasama yang baik daripada pihak SPRM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

https://www.utusan.com.my/mobile/berita/jenayah/anggota-rela-dipukul-8216-datuk-seri-8217-buat-laporan-sprm-1.545539