Utama 9 Mengenai Aplikasi MyRELA Mobile 2.0

Mengenai Aplikasi MyRELA Mobile 2.0

 

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah melancarkan Aplikasi MyRELA Mobile 2.0 pada 19 Februari 2019 semasa Sambutan Hari Ulang Tahun RELA ke–47 yang bertempat di Auditorium D8, Kementerian Dalam Negeri yang telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin , Menteri Dalam Negeri . Aplikasi MyRELA Mobile 2.0 yang dibangunkan ini merupakan satu platform yang mudah digunakan oleh pengguna bagi mendapatkan maklumat berkenaan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Objektif utama aplikasi ini dibangunkan adalah :-

  1. Sebagai platform alternatif (kedua) yang disediakan untuk pengguna mendapatkan maklumat berkenaan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
  2. Meningkatkan kepantasan capaian terhadap maklumat yang disediakan;
  3. Membantu pengguna didalam permohonan keahlian secara atas talian.
  4. Membantu pengguna membuat permohonan perkhidmatan penugasan anggota RELA dengan lebih mudah, pantas dan efektif secara atas talian

Fungsi utama didalam aplikasi MyRELA Mobile 2.0:

  1. Carian;
  2. Maklumat lengkap RELA;
  3. Permohonan Keahlian Secara Atas Talian
  4. Permohonan Penugasan anggota RELA
  5. Statistik Keahlian Terkini  Anggota RELA
  6. Direktori Cawangan Pejabat RELA

Aplikasi adalah mesra pengguna dan boleh dicapai dengan versi Android melalui Google Playstore.

Font Resize
Contrast