Utama 9 MAJLIS BERSAMA JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)

Majlis Bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

 

 

MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)

Tujuan

Tujuan Majlis adalah :

a) Untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan pegawai-pegawai yang bergaji di dalam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan; dan
b) Untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Bidang dan Fungsi

Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis seperti berikut :

a) Membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan    pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan atau hal-hal perseorangan;

b) Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;

c) Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran pelbagai jabatan; dan

d) Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor daripada kakitangan mengenai perkara ini.

Font Resize
Contrast