Utama 9 Soalan Lazim

Soalan Lazim

Keselamatan Di Tempat Kerja

KOSONG
1. Apakah simptom/ gejala COVID-19?

Jawapan:

Antara simptom/ gejala COVID-19 adalah seperti:
a) demam;
b) tanda-tanda penyakit selesema;
c) batuk; dan
d) kesukaran bernafas.

Simptom/ gejala ini mungkin muncul dalam tempoh dua (2) hari atau selama 14 hari selepas terkena jangkitan.

2. Bagaimana virus COVID-19 tersebar?

Jawapan:

Virus COVID-19 boleh tersebar/ merebak daripada individu yang telah dijangkiti kepada individu lain menerusi titisan dari hidung atau mulut apabila individu tersebut batuk atau bersin. Titisan ini akan merentasi objek dan permukaan yang berada di sekelilingnya.

Individu lain boleh mendapat jangkitan COVID-19 apabila menyentuh objek atau permukaan yang telah dicemari daripada titisan tadi dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya.

Selain itu, seseorang individu juga boleh dijangkiti apabila berdekatan dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan.

Sebab penting untuk mengekalkan jarak lebih dari satu (1) meter (3 kaki) dari orang yang sakit (bergejala) / mengelak daripada berada dalam kawasan tumpuan ramai. Pemakaian penutup hidung dan mulut (surgical or 3-ply face mask) adalah penting untuk menghalang pendedahan kepada individu lain daripada titisan atau percikan air liur tersebut.

3. Apakah panduan utama bagi keselamatan di tempat kerja yang perlu dirujuk?

Jawapan:

Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) telah menerbitkan Panduan Menyediakan Tempat Kerja Untuk COVID-19.

Panduan ini telah menetapkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan untuk melindungi warga jabatan masing-masing.

https://www.dosh.gov.my/index.php/prosedur-kerja-selamat-pencegahan-covid-19-di-tempatkerja/file

Ketua Jabatan juga boleh merujuk SOP atau Garis Panduan yang telahdikeluarkan oleh:

a) Agensi Pusat seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN),
b) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan
c) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi-agensi lain dari semasa ke semasa.

4. Bagaimana atau apakah tindakan yang perlu diambil jika terdapat pegawai/ kakitangan yang kelihatan sakit?

Jawapan:

Jika mana-mana pegawai/ kakitangan yang hadir bekerja tetapi kelihatan demam, selsema, batuk atau mengalami kesukaran bernafas, Ketua Jabatan perlu mengarahkan pegawai/ kakitangan tersebut untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan / perubatan daripada klinik kesihatan dengan kadar segera.

Namun harus diingat bahawa gejala yang ditunjukkan adalah tidak semestinya berkaitan dengan jangkitan COVID-19, tetapi adalah lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga bagi kepentingan perkhidmatan dan kesihatan pegawai/ kakitangan yang lain.

Ketua Jabatan perlulah bertindak segera tanpa menunjukkan kebimbangan yang berlebihan bagi mengelakkan keadaan panik di kalangan warga jabatan.

5. Bolehkah Ketua Jabatan meminta pegawai/ kakitangan untuk tinggal di rumah atau meninggalkan kerja jika ada menunjukkan simptom COVID-19 atau selsema?

Jawapan:

Boleh, Ketua Jabatan boleh meminta pegawai/ kakitangan tersebut segera meninggalkan pejabat untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan / perubatan daripada klinik kesihatan kerajaan/swasta. Keputusan pemeriksaan tersebut wajib dimaklumkan kepada Ketua Jabatan untuk
tindakan susulan.

6. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan jika terdapat pegawai/ kakitangan yang disyaki atau telah diuji positif dengan COVID-19?

Jawapan:

Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai/ kakitangan yang telah berhubung atau bekerja rapat dengan pegawai/ kakitangan/ orang awam
yang disyaki/ diuji positif untuk:

a) membuat ujian swab test di klinik kesihatan kerajaan;
b) tinggal di rumah selama tempoh 14 hari bagi memastikan jangkitan tidak tersebar;
c) mengenalpasti kontak rapat pegawai/ kakitangan yang disyaki/ diuji positif supaya Ketua Jabatan mempunyai senarai maklumat lengkap mereka yang mungkin boleh dijangkiti; dan
d) mendapatkan nasihat daripada pejabat kesihatan daerah berkenaan situasi yang dialami.

Ketua Jabatan juga perlu mengarahkan pegawai penyelia untuk mengenalpasti individu-individu lain yang bekerja rapat atau berdekatan (tiga hingga enam kaki) dengan pegawai/ kakitangan yang disyaki/ diuji positif.

Adalah penting Ketua Jabatan untuk mempunyai maklumat / senarai lengkap pegawai/ kakitangan lain yang mungkin berisiko untuk dijangkiti. Ketua Jabatan juga perlu menjaga kerahsiaan tanpa membocorkan maklumat pegawai/ kakitangan terbabit.

Ketua Jabatan juga perlu mengambil tindakan segera dengan melaksanakan kerja-kerja pembasmian kuman di ruang kerja/ pejabat dengan bantuan agensi lain seperti KKM/ Bomba.

Sekiranya ruang pejabat adalah berkongsi bangunan dengan agensi-agensi lain seperti Mini KDN/ Wisma Persekutuan, maka Ketua Jabatan perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan bangunan supaya tindakan berjaga-jaga boleh diambil dengan sewajarnya.

7. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan jika pegawai/ kakitangan sendiri melaporkan bahawa beliau ada berhubung secara bersemuka dengan seseorang yang mempunyai kes positif COVID-19?

Jawapan:

Ketua Jabatan perlu mengambil langkah-langkah yang sama seperti di Para 6, iaitu mengambil tindakan seolah-olah kes tersebut adalah positif COVID-19 serta memaklumkan kepada pegawai/ kakitangan lain bahawa langkah berjaga-jaga sedang dilaksanakan secara menyeluruh.

8. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh Ketua Jabatan untuk membendung penularan wabak COVID-19 di tempat kerja?

Jawapan:

Bagi memastikan norma baharu sentiasa diamalkan dan tempat kerja sentiasa selamat, Ketua Jabatan disaran untuk menasihati pegawai/ kakitangan untuk:

a) sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer; amalkan etika batuk, selesema, demam, bersin yang betul semasa di tempat kerja (penggunaan face mask atau tisu);

b) sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa melaksanakan tugasan di luar pejabat;             

c) mengelakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan orang ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala; 

d) pastikan tempat kerja sentiasa bersih dan bebas kuman – kerap mengelap permukaan dan alatan pejabat (guna sama) dengan bahan disinfeksi/ nyahkuman;

e) meletakkan hand sanitizer di tempat yang mudah dicapai di tempat kerja dan pastikan hand sanitizer kerap diisi semula;

f) menyediakan penutup hidup dan mulut dan tisu di tempat kerja untuk pegawai/ kakitangan yang selesema atau berkahak selain menyediakan juga tempat lupus tisu yang sesuai/ selamat;

g) memberi nasihat keselamatan perjalanan/ penugasan sebelum melakukan tugasan di kawasan yang dilanda wabak;

h) memberi taklimat/ nasihat/ peringatan kepada pegawai/ kakitangan sekiranya COVID-19 mula berjangkit dalam komuniti sekitar dan mengalakkan kuarantin / bekerja daripada rumah jika tidak sihat;

i) mempamerkan talian kecemasan seperti Pejabat Kesihatan Daerah, IPD/ Balai Polis Daerah, Balai Bomba Daerah dan agensi-agensi lain yang berkaitan di tempat kerja;

j) menubuhkan mekanisma dalaman bagi menangani dan mencegah penularan COVID-19 di tempat kerja seperti:

i. mewujudkan alat bacaan suhu;

ii. mendaftar dalam Aplikasi MySejahtera sebelum memasuki pejabat; dan

iii. memantau tahap kesihatan warga pegawai/ kakitangan;

k) memastikan kehadiran ke pejabat pada tahap minimum selaras dengan arahan Ibu Pejabat/ Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri termasuk menggalakkan pegawai/ kakitangan daripada komuniti zon merah untuk bekerja daripada rumah.

9. Jika pejabat diarahkan untuk ditutup apakah tindakan kontingensi Ketua Jabatan bagi memastikan perkhidmatan tidak terjejas?

Jawapan:

Ketua Jabatan perlu memaklumkan dengan segera kepada Ibu Pejabat sama ada Bahagian Sumber Manusia atau Bahagian Operasi atau Bahagian Khidmat Pengurusan untuk arahan selanjutnya.

Sebagai langkah pro-aktif, Ketua Jabatan perlu memaklumkan:

a) kepada Komandan Pusat Latihan atau Pejabat RELA Daerah terdekat (bagi negeri yang tiada Pusat Latihan) untuk mengambil alih fungsi/ peranan Ibu Pejabat RELA Negeri; atau

b) kepada Ibu Pejabat RELA Negeri jika Pejabat RELA Daerah diarahkan tutup bagi arahan lanjut.

Pegawai yang telah diarahkan untuk mengambil alih perlu memastikan pejabat yang diarah tutup memohon bantuan perkhidmatan nyahkuman daripada agensi seperti Pejabat Kesihatan Daerah/ Bomba dan memastikan pejabat dikunci serta menempatkan kawalan perimeter bagi tujuan keselamatan.

Pegawai-pegawai yang diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah boleh menggunakan alat komunikasi peribadi atau talian internet rumah untuk perhubungan dengan Pejabat RELA yang mengambil alih. Bagi pegawai yang menjalani kuarantin di hospital, adalah mencukupi untuk memaklumkan perkara yang utama sahaja.

10. Pekerja telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian menerusi Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] oleh pihak berkuasa kesihatan selama 14 hari. Adakah pegawai/ kakitangan/ pekerja tersebut perlu hadir bekerja?

Jawapan:

Sekiranya pegawai/ kakitangan/ pekerja telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bawah Seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] oleh Pihak Berkuasa Kesihatan, pegawai/ kakitangan/ pekerja tersebut dibenarkan untuk tidak hadir bertugas atas Perintah Seksyen 15(1) Akta 342.

https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2020/soalan_lazimse16032020.pdf

11. Pegawai mempunyai gejala jangkitan COVID19 dan menjalani pemeriksaan kesihatan, namun tidak diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di atas Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Pegawai juga tidak diberi sijil sakit tetapi dinasihatkan oleh pengamal perubatan untuk mengasingkan diri di rumah dalam tempoh 14 hari.

Jawapan:

Pegawai/ kakitangan berkenaan hendaklah mengemukakan perakuan Pegawai Perubatan kepada Ketua Jabatan untuk pertimbangan pelepasan khas daripada bertugas dan menjalani self-quarantine selama 14 hari.

Pegawai/ kakitangan tersebut adalah tertakluk dengan arahan Pengamal Perubatan untuk menjalani kuarantin kendiri selama tempoh 14 hari.

12. Pegawai menjalani pemeriksaan kesihatan setelah diarahkan oleh Ketua Jabatan dan diambil sampel untuk diuji oleh Pegawai Perubatan.

Jawapan:

Pelepasan khas daripada bertugas diberikan oleh Ketua Jabatan sehingga keputusan ujian dikeluarkan termasuk pada hari pemeriksaan.

Pegawai/ kakitangan tersebut adalah tertakluk dengan arahan Pengamal Perubatan untuk menjalani kuarantin kendiri selama tempoh 14 hari.

13. Pegawai diarah untuk menjalani pemeriksaan oleh Ketua Jabatan namun pemeriksaan tidak dibuat kerana pegawai tidak mempunyai gejala jangkitan COVID-19.

Jawapan:

Pegawai hendaklah mengemukakan rekod saringan/slip kehadiran (time slip) di hospital/ klinik kepada Ketua Jabatan bagi pertimbangan pelepasan khas daripada bertugas untuk self-quarantine selama tujuh (7) hari dan harus sentiasa bersedia untuk dihubungi sepanjang tempoh tersebut oleh Ketua Jabatan.

14. Anak / ahli keluarga seorang pegawai telah disahkan positif COVID-19 dan pegawai turut diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di atas Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Jawapan:

Pegawai boleh mendapatkan kebenaran tidak hadir bertugas (bergaji penuh) atas Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di atas Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] selain mematuhi arahan/ peraturan yang dikeluarkan oleh Pengamal Perubatan dari semasa ke semasa. Pegawai perlu memberi status perkembangan semasa apabila diarahkan oleh Ketua Jabatan.

15. Anak / ahli keluarga seorang pegawai telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di atas Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Namun pegawai tidak mendapat sebarang perintah di bawah Akta tersebut.

Jawapan:

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pelepasan khas daripada bertugas selama tujuh (7) hingga 14 hari atau mengarahkan pegawai berkenaan untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh tersebut.

16. Sekiranya Pihak Berkuasa Kesihatan mengarahkan mana-mana pejabat atau bahagian pejabat di premis Kerajaan ditutup untuk tujuan semburan pembasmian kuman (sanitization), adakah pegawai boleh tidak hadir bertugas?

Jawapan:

Pegawai dibenarkan untuk tidak hadir bertugas (bergaji penuh) atas Perintah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] sehingga arahan selamat memasuki pejabat dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan berkenaan.

Pegawai perlu membuat notis makluman kepada pelanggan di pintu masuk utama dan memaklumkan kepada Ibu Pejabat RELA Negeri / Ibu Pejabat untuk arahan lanjut (jika ada).

17. Bolehkah Ketua Jabatan mengarahkan pegawai yang telah diberikan arahan bekerja dari rumah hadir ke pejabat pada waktu-waktu yang diperlukan?

Jawapan:

Pegawai yang telah diberikan arahan bekerja dari rumah susulan daripada arahan Jabatan Perkhidmatan Awam / Ibu Pejabat RELA Malaysia boleh diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk hadir bertugas pada bila-bila masa apabila beliau diperlukan.

Tidak terpakai bagi pegawai/ kakitangan yang telah diarahkan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan untuk menjalani kuarantin kendiri sama ada ke atas pegawai/ kakitangan/ ahli keluarga.

Keanggotaan

KOSONG
1. Apakah syarat-syarat mendaftar sebagai ahli RELA?

Jawapan:

  1. Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad)
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Sihat tubuh badan
  4. Tidak menganggotai mana-mana pasukan sukarelawan lain yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis
  5. Bukan anggota mana-mana pasukan dibawah undang-undang bertulis.
  6. Tiada rekod jenayah
2. Berapa lama tempoh sah laku keahlian saya sebagai ahli RELA?

Jawapan:

  • Tempoh pendaftaran bagi tiap-tiap anggota RELA adalah lima (5) tahun dari tarikh pendaftarannya dan Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh melanjutkan tempoh pendaftaran itu.
  • Nama seorang anggota yang tempoh pendaftarannya tidak dilanjutkan hendaklah diletakkan dalam senarai simpan.

Latihan

Kosong
1. Adakah saya perlu menjalani latihan atau kursus ?

Jawapan:

Semua anggota RELA yang baru, berpeluang mengikuti kursus Pengenalan selama dua hari. Pada kebiasaannya, kursus-kursus ini akan diadakan di kawasan setempat / in-situ. Kursus ini akan mendedahkan seseorang anggota RELA itu tentang tugas dan tanggungjawab RELA. Anggota-anggota RELA boleh memohon untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan di mana-mana Pusat Latihan RELA Wilayah.

2. Bolehkah saya mendapat cuti sekiranya saya ingin mengikuti latihan atau tugasan yang dianjurkan oleh RELA ?

Jawapan: 

Mengikut peruntukan yang diberikan dalam Perintah Am Kerajaan (Bab C), seseorang penjawat awam itu akan dipertimbangkan untuk mendapat cuti tanpa rekod bagi tujuan menghadiri sesuatu latihan, kursus, kem tahunan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan sukarela yang diluluskan oleh kerajaan. Peruntukan ini tidak termasuk bagi mereka yang bekerja di sektor swasta. Walau bagaimanapun, seseorang kakitangan swasta perlu mendapat pertimbangan dan kelulusan majikan mereka untuk tujuan ini dengan surat sokongan dari Pegawai RELA Daerah atau Negeri.

3. Apakah kursus-kursus yang disediakan dalam pasukan RELA ?

Jawapan: 

RELA menyediakan lebih 20 jenis kursus untuk semua anggota RELA. Semua kursus ini diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah. Takwim latihan diedarkan di semua Pejabat RELA Daerah. Sila rujuk di Pejabat-Pejabat RELA yang berhampiran untuk mendapatkan jenis dan tarikh kursus yang diminati. Semua kursus ini adalah percuma untuk anggota RELA.

4. Di manakah kursus tersebut diadakan ?

Jawapan: 

Semua latihan akan diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah iaitu;-

4.1       Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM)
            Sungai Udang, Melaka

4.2       Pusat Latihan RELA Wilayah Utara (PLRWU)
Bukit Selambau, Sg. Petani, Kedah

4.3       Pusat Latihan RELA Wilayah Timur (PLRWT)
Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu

4.4       Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS)
Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah

4.5       Pejabat RELA Negeri Sarawak – Bagi Sarawak, latihan akan diadakan di tempat-tempat
yang ditentukan  oleh Bahagian Latihan negeri berkenaan kerana pusat latihan bagi negeri
ini masih dalam peringkat pembinaan.)

Operasi

Kosong
1. Apakah jaminan jika berlaku kemalangan ke atas seseorang anggota RELA ?

Jawapan:

Seseorang anggota RELA itu disarankan agar mencarum dalam Insuran Berkelompok yang diperkenalkan oleh RELA dengan kadar caruman sebanyak RM 20.00 setahun bagi setiap individu. Insuran ini memastikan seseorang anggota RELA itu mendapat perlindungan setiap masa. Selain itu, seseorang anggota RELA itu layak mendapat layanan kelas kedua di mana-,mana hospital kerajaan jika mendapat kemalangan ketika bertugas. Kerajaan juga akan memberi pertimbangan untuk membayar pampasan di bawah Tabung Amanah Perwira Negara jika seseorang anggota RELA terkorban ketika menjalankan tugas untuk negara.

2. Apakah kebajikan yang disediakan bagi seseorang anggota RELA.

Jawapan: 

Kebajikan setiap anggota RELA akan diberikan keutamaan. Setiap anggota RELA akan mendapatkan kelayakan mendapat rawatan Kelas Dua di mana-mana hospital kerajaan sekiranya mengalami musibah ketika bertugas. Mereka juga berpeluang mencarum dalam insurans berkelompok yang disyorkan oleh RELA. Selain itu, mereka akan mendapat sedikit imbuhan dari Tabung Aamal Jariah RELA berdasarkan jenis musibah yang dialami. Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan insurans percuma kepada 100,000 anggota RELA yang aktif diseluruh negara sebagai insentif kepada sumbangan mereka.Bagi anggota RELA yang terkorban ketika bertugas, pertimbangan boleh dilakukan untuk membolehkan mereka mendapat pampasan dari Tabung Amanah Perwira Negara.

Integriti

Kosong
1. Bolehkan saya menyalurkan aduan salahlaku berkaitan Pegawai/Ahli RELA tanpa memberitahu maklumat peribadi saya selaku pengadu?

Jawapan:

Boleh, sekiranya aduan diterima mempunyai asas yang mencukupi untuk membolehkan siasatan dilakukan.

2. Apakah maklumat yang diperlukan apabila sesuatu aduan hendak dibuat?

Jawapan: 

Maklumat yang di perlukan seperti berikut :-

  • Jenis kesalahan yang dilakukan.
  • Identiti Pegawai/ Ahli Rela yang diadu. Cth:- nama/tempat bertugas/jawatan.
    Tarikh, masa dan lokasi salahlaku yang diadukan.
  • Maklumat tambahan Cth:- Bukti bergambar, dokumentasi atau saksi.
3. Apakah saluran untuk saya membuat aduan?

Jawapan: 

Saluran aduan seperti berikut :-

  • Melalui surat.Alamatkan kepada:Ibu PejabatJabatan Sukarelawan Malaysia(RELA)Kementerian Dalam NegeriAras 7,8 & 9, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62546, Putrajaya.

    (UP: Unit Integriti)

  • Melalui Integrasi Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (ISPAA)
    – http://moha.spab.gov.my/eApps/system/index.do
  • Melalui sistem aduan integriti KDN – https://online.moha.gov.my/integriti/public/
  • Melalui emel pro_rela[at]moha[dot]gov[dot]my
4. Apakah tindakan yang akan diambil kepada aduan saya?

Jawapan: 

Tindakan yang di ambil seperti berikut :-

  • Jabatan RELA akan menghantar makluman penerimaan kepada pengadu.
  • Proses pegesanan dan pengesahan aduan akan dilaksanakan.
  • Jabatan RELA akan memaklumkan keputusan aduan kepada pengadu samaada melalui alamat atau email yang yang telah diberi.
5. Adakah identiti saya akan dilindungi jika membuat aduan?

Jawapan: 

Ya

Font Resize
Contrast