Utama 9 Bahagian Dasar Dan Strategik

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik

 

Objektif

1. Merancang dan menyediakan perancangan strategik dan hala tuju Jabatan; dan

2. Menggubal dan menyelaras Dasar Jabatan mengikut keperluan semasa.

Fungsi

 

  1. Merancang, merangka dan menyedia dasar dan hala tuju berkaitan dengan fungsi dan peranan Jabatan.
  2. Merancang, merangka dan menyediakan pelan strategik Jabatan sama ada jangka pendek, sederhana dan panjang.
  3. Memantau keberkesanan pelaksanaan dasar dan pelan strategik Jabatan.
  4. Menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Dalam Negeri yang berkaitan dengan Jabatan.
  5. Merancang, merangka, menyelaras, menyedia dan memantau pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama Ketua Pengarah RELA dan Jabatan.
  6. Merancang, merangka, menyelaras, menyedia, mengemaskini, merekod dan menyimpan Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia (2012), Peraturan-Peraturan berkaitan RELA, Arahan Tetap Ketua Pengarah, Pekeliling Jabatan dan lain-lain arahan.
  7. Menjadi focal point kepada penyelarasan penyediaan jawapan kepada soalan Parlimen, maklum balas Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri dan juga lain-lain mesyuarat Kementerian Dalam Negeri yang berkaitan dengan dasar Jabatan.
  8. Menjadi focal point yang melibatkan dasar Jabatan dengan agensi luar.
  9. Menyelaras dan menjadi urusetia Jawatankuasa Penyelarasan Pakaian Seragam RELA (JPPSR) dan Jawatankuasa Penganugerahan Pingat (JPP)
Font Resize
Contrast