Utama 9 Bahagian Pembangunan Pasukan

Bahagian Pembangunan Pasukan

 

OBJEKTIF

  •  Meningkatkan  penglibatan rakyat Malaysia dalam  kesukarelawanan  bagi membantu mengekalkan
    keselamatan dan kesejahteraan rakyat;
  • Memastikan anggota RELA terjamin dari segi kebajikan semasa menjalankan tugas rasmi RELA;
  • Memastikan orang-orang perseorangan yang telah memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada RELA dihargai dengan penganugerahan Pangkat Kehormat /Bersekutu atau Pingat RELA; dan
  • Memastikan semua dasar dan program Jabatan Sukarelawan Malaysia dilaksanakan dengan cekap dan berkesan sama ada di peringkat negeri /daerah.

FUNGSI

1.0 Cawangan Pengurusan Anggota

1.1 Keahlian

  • Pengambilan dan pendaftaran ahli;
  • Pengeluaran kad ahli;
  • Pelantikan pangkat anggota RELA; dan
  • Melaksanakan pemutihan bagi anggota RELA yang telah meninggal dunia, terlibat dalam kes jenayah, dadah dan nombor kad pengenalan tidak lengkap.

1.2 Kehormat dan Bersekutu

  • Urus setia kepada mesyuarat Jawatankuasa Pentauliahan Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA;
  • Urus setia kepada pelantikan Ahli Kehormat dan Bersekutu RELA; dan
  • Merancang Program Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA.

1.3 Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) / Ketua Platun RELA (KPR)

  • Menyemak permohonan dan membuat tapisan,semakan kelayakan ahli-ahli yang dilantik sebagai KPRK/KPR; dan
  • Menyelaras statistik Perlantikan KPRK/KPR dan laporan bulanan setiap negeri

1.4 Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR)

  • Memperkasakan PKKR;
  • Menyelaras statistik PKKR;
  • Mewujudkan penugasan; dan
  • Kemaskini senarai PKKR seluruh negeri.

2.0 Cawangan Kebajikan

  • Menyediakan spesifikasi Insuran Perlindungan Kemalangan diri Berkelompok RELA;
  • Menjalinkan kerjasama dengan syarikat insuran;
  • Menguruskan Permohonan saguhati dan Insuran Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok RELA bagi semua anggota RELA; dan
  • Memproses tuntutan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN).

3.0 Cawangan RELA Siswa Siswi (RELASIS)

  • Menandatangani Nota Persefahaman (MOU) antara RELA dan Kementerian Pengajian Tinggi (Jabatan Pengajian Politeknik);
  • Menambah penglibatan RELASIS di semua IPTS /IPTA;
  • Urus setia kepada penubuhan RELASIS seluruh Malaysia; dan
  • Menyelaraskan statistik keahlian, laporan tahunan dan aktiviti RELASIS.
Font Resize
Contrast